Wednesday, October 22, 2008

saya sepi. kamu? aka random rambling 2

background song: OST sepi

sekarang sedang demam sepi di rumah saya. housemates semua tgh layan cerita sepi. anyway, malam ini saya berasa sepi. saya rasa mahu bercakap dengan seseorang, tetapi saya tidak tahu mahu telefon siapa. sekarang pukul 3 pagi waktu malaysia. siapa yg kalau saya telefon dia pada waktu ini tidak akan menyumpah saya dan akan mendengar semua repekan dan rengekan saya tanpa judgement, atau akan berkata seperti ini kepada saya: sheila, this world does not revolved around u only. memikirkan saya tidak mempunyai that kind of person, membuatkan saya sepi.

cuaca di dublin berubah secara mendadak sejak 3 hari yang lepas. sekarang kedinginan memang betul-betul terasa sampai ke tulang. ini baru bulan oktober, autumn is just kicking in. oktober tidak patut sesejuk ini. kaki saya sudah gatal-gatal dan kering, muka sudah mula menggelupas, dan dandruff! dem dandruff memang akan sentiasa menjangkiti kulit kepala saya semasa sejuk-sejuk begini.

sekarang musim exam. saya sibuk. terlalu sibuk. sibuk dengan mengqada' tidur atau mencari semangat yang kental untuk terus membaca lecture notes. saya noticed kebelakangan ini masa otak saya boleh menerima information semakin singkat. saya sudah tidak boleh belajar continuously selama berjam-jam. sign of aging mungkin.

saya juga asyik berfikir tentang makanan. saya sedang crave for sushi king, fillet o fish mcdonald, sundae mcdonald, mi kolok. dan semasa saya berfikir tentang makanan-makanan ini, saya sentiasa membayangkan saya dan aminul makan bersama-sama. saya rindu aminul terribly. saya rasa seronok semasa bersama-sama dia, mungkin kerana saya tahu dia anggap saya cool. orang lain tidak pernah anggap saya cool. saya tanya dia jumaat lepas, dia rindu saya atau tidak, dia kata "rindu, ko balit lak kita celen bahasa jepon." jadi saya ajak dia mengira haribulan dalam bahasa jepon.

me: tsuitachi, futsuka (1hb, 2hb)
him: mikka (3hb)
me: yokka (4hb)
him: cakka (he means caka, 5hb is actually itsuka)

rofl. dont u just love his sense of humor?

saya benar-benar mahu pulang ke malaysia winter ini. saya fed-up sungguh lately dengan kehidupan. saya tidak suka kaki yang gatal, kepala yg berdandruff, muka yang menggelupas. saya tidak suka sejuk. saya rasa saya malas untuk melawan winter tahun ini. hidup ini memang palat. tapi esok maseh ada? hidup ini sentiasa palat. esok maseh juga saya bangun dengan kaki gatal, muka menggelupas dan rambut ada dandruff.

saya menonton cerita i'm not single di youtube tadi. sampah betol cerita itu dengan jalan cerita yang terlalu-lalu ringan, pelakon yang terlalu-lalu tidak pandai berlakon, dengan suara dubbed yang tidak in-character. wtf. memang membuang masa. ini semua kerana housemate saya. saya perlu mengingati diri sendiri yang saya tidak akan sekali-kali menonton cerita melayu lagi di pawagam. i'm glad now saya tidak jadi menonton apa kata tahi di pawagam summer lepas.

saya mimpi raju malam tadi. it was a nice dream. sebelom saya mimpi dia saya berfikir yang dia mungkin sudah mati kerana saya sudah lama tidak melihat bukti-bukti yang dia maseh hidup di dunia ini. (bukti dapat dilihat di ym, kalau dia hidup, dia akan online di ym dan meninggalkan bukti yang tertulis i'm mobile) selepas saya mimpi dia semakin kuat intuisi saya kata mungkin betol dia sudah mati. tetapi semasa saya sedang melayari internet tadi, dia online. dia menegur saya. dem. saya selalu rehearse part ini dalam otak saya, kalau dia menegur saya, jangan reply. this is the second time sudah dia tegur, saya sentiasa reply. next time, saya janji pada diri sendiri saya tidak reply. saya rasa sudah berbulan-bulan kami tidak bercontact, rupa-rupanya cuma 21 hari. saya tidak menghitung, cuma saya ingat last time kami bermsg adalah pada hari raya pertama yang lepas. masa berjalan dengan cepat atau lambat? berada di kelas suzy fitzgerald 50 minit terasa berjam-jam lamanya.

entri ini seperti personal diary. haha siapa peduli. ini blog saya, kalau tidak suka boleh pergi ke blog-blog berfaedah yang lain. blog ini memang tidak berfaedah. saya tidak cukup duit untuk pegi berjumpa shrink, jadi saya meluahkan perasaan di sini. ok masa sudah tamat. saya nak berak, lepas tu sambung baca CNS infection.

(ejan kata u are responsible to waht u write: sesiapa yang offended dengan apa-apa yang saya tulis, saya tidak akan minta maaf. saya menulis apa yg saya rasa. kamu yg mula dulu. hahaha. in case anything that i wrote in here are used against me in the future, u've been warned.)

quantum of solace, 31 oct. mari membuat countdown! (saya ada exam 3 nov, mungkin akan menonton lewat sedikit, 5 atau 6 hb)

No comments: