Wednesday, April 29, 2009

saya rindu semua orang hari ini.

saya ialah pemakan sos cili sekarang. saya mula obses dengan sos cili sejak awal tahun ini. sebelum ini saya ialah pemakan sos tomato. sejak obses dengan sos cili saya rasa sos cili sangat sedap sehingga saya makan sos cili dengan nasi jika nasi saya tiada kuah. begitulah betapa obsesnya saya dengan sos cili.

but as i was eating fries and sausages with ketchup now (malas nak pegi ambik sos cili di dapur, kebetulan dalam beg ada sos tomato), i realize how much i miss ketchup.

Monday, April 27, 2009

masalah orang gemok

saiz badan tidak berkadar langsung dengan umur bukan? tetapi kenapa orang selalu ingat saya lebih tua daripada kakak saya semata-mata kerana dia kurus? mana adil!!!

Thursday, April 23, 2009

malam tadi mimpi saya macam dejavu.

shitness

uuu... cepat la this week habis so that i will not need to tumpang sesiapa to go to seberang. cepatlah masa berlalu. cepat cepat.

ok sekarang bunuh saya pula, please.

Wednesday, April 22, 2009

saya tidak faham kamu, saya benci kamu.

kadang-kadang saya rasa mati lebih bagus dari mintak tolong dari orang. yes i'm damn arrogant. saya memang tidak suka susah. tidak boleh susah. saya benci susah, sebab susah akan buat saya menangis. saya jarang menangis, cuma ketika susah dan melihat adegan percintaan yang touching di dalam cerita saja saya menangis. tahap susah itu subjektif, mungkin bagi kamu perkara itu tidak susah, tetapi bagi seseorang yang tidak mahu merasa sedikit kesusahan pun seperti saya, sedikit susah pun sudah jadi problem besar.

sekarang mari kita mengkaji dari akar umbi (saya sedang prektis menulis karangan untuk pengajian malaysia) kenapa saya tidak suka susah. sebab bila saya susah, saya akan TER-paksa meminta pertolongan daripada orang lain. (seperti saya kata di permulaan, saya rasa mati lebih bagus dari menyusahkan orang lain) bila kita meminta pertolongan dari orang lain, itu bermaksud kita sudah terhutang budi terhadap orang tersebut. terhutang budi ini bukan lah perkara yang bagus kerana terhutang budi boleh menimbulkan perasaan kurang enak di hati saya. dan saya paling benci berasa kurang enak di bahagian dada dan abdomen (heartburn, gestrik dan period pain termasuk dalam kategori ini. oh cemburu juga boleh menimbulkan perasaan kurang enak ini). selain itu, terhutang budi juga perlu dibayar kalau kamu tidak mahu membawa nya mati. selalunya saya cuba kurangkan perasaan bersalah kerana menyusahkan orang dengan wang. tetapi wang ternyata tidak boleh membeli segala-galanya. kerana wang masih tidak boleh menghilangkan perasaan kurang enak di hati saya dan ekspresi tidak ikhlas di wajah orang yang diminta pertolongan. (siapa kata wang itu powerful? small matter macam tu pun x boleh nak uruskan)

oh tetapi jangan salah anggap, saya suka bukan suka, tapi sebab cepat kasihan dan tidak sampai hati, saya akan menolong setiap orang yang meminta pertolongan dari saya, kadang-kadang orang tidak minta pertolongan pun, saya offer untuk tolong sebab tidak sanggup dengar cerita dan rintihan hiba mereka. yang membuat saya sakit hati ialah apabila saya memerlukan pertolongan (sebab saya rasa mati lebih bagus dari minta pertolongan orang, jadi perkara-perkara yang saya perlukan pertolongan maksudnya saya memang tidak boleh melakukan nya secara perseorangan atau memang tiada alternatif lain) kawan-kawan yang saya tolong tadi seorangpun tidak mahu bantu. bukankah itu pelik? dan selama ini saya benar-benar percaya yang buat baik akan dibalas baik. saya masih percaya itu, dan saya sentiasa menunggu kebaikan datang kepada saya. haha bajet diri sendiri banyak sangat buat kebaikan.

saya rasa saya memang tidak pandai handle manusia sejagat. kerana saya memang betol2 rasa tidak selesa dengan kehadiran manusia manusia baru dalam hidup saya. contoh masa petang tadi masa saya berenang, ada jiran (perempuan) bersama anak-anaknya berenang, saya terus rasa tidak selesa walaupun dia baik teramat. atau semasa saya duduk seorang diri di kafe, tiba-tiba ada kawan sekelas datang duduk di sebelah, saya mesti jadi tidak keruan. adakah itu normal? kadang-kadang saya tidak faham manusia, kenapa insenstitive sangat? kalau orang duduk seorang bukan maksudnya dia tidak ada kawan. sometimes she just needs her fucking space! duduk meja lain yang kosong boleh kan? lagi sakit hati bila dia datang duduk dan tanya soalan 'sorang jer?mana si A dan si B?' atau 'apesal makan sorang-sorang?mana si A, x makan?' kesimpulannya saya memang tidak suka diapproach oleh strangers. macam mana nak mengavoide ya? tolong ajarkan boleh?

kenapa manusia tidak faham kadang-kadang wujud manusia yang memang tidak suka bercakap dengan orang x dikenali/x rapat? comfort zone saya luas amat, memang tidak selesa dengan kamu-kamu. saya ada kawan sekelas yang sudah kenal 2 tahun letak kepala di bahu saya, saya rasa nak tepis (2 fucking years pun maseh tidak selesa ok, jangankan strangers baru kenal minggu lepas). lelaki hensem boleh cuba heheh. mungkin tidak akan ditepis.

saya sungguh kecewa dengan manusia. kerana pada abad 21 ini bila manusia makin menjadi selfish, dan cuma berkawan untuk kepentingan diri, masih juga tidak faham yang saya tidak ada apa-apa kepentingan yang boleh diberi kepada mereke. jadi kepada kamu-kamu yang secara tidak sengaja masuk ke blog saya tolong sebarkan kepada manusia lain, comfort zone sheila sangat luas. minimal human contact please. (kepada org yang masuk secara tidak sengaja sahaja, orang yang masuk dengan sengaja mungkin sudah berada dalam comfort zone.lol)

yes i'm fucking arrogant and selfish. hate me, coz most probably i already hate u anyway. haha

penatlah layan kamu-kamu. benci.

i'm sick.

somehow i think i pick up TB from the ward.

Sunday, April 19, 2009

end of medicine, welcome surgery.

i will start on my surgery posting (for the next 4 weeks) tomorrow. let us all pray that i will not be eaten by all the angry pigeon. amin.

Saturday, April 18, 2009

lagi lagi saya, mana ada orang lain.

saya sgt suka roti kawen kebelakangan ini. sebab saya makan roti kawen pada waktu sarapan sahaja, jadi masa makan yang paling saya suka ialah sarapan pagi. apesal roti gardenia sedap sangat hah? lunch saya suka jugak sebab makanan kafe pmc sedap. dinner saya paling benci. sebab hari2 makan nasik goreng.

saya dah berenang banyak sejak wikend lepas apesal x kurus-kurus lagi ni?

kari kafe pmc sedap sangat. sedap macam kari mokyot. saya yang tidak suka kari pun jadi suka. hehe

tomok makin bosan. eh salah, rephrase, oiam makin bosan.

saya suka cerita matahari sebab dr shafiq dan asyraf gay. haha iqram sangat pandai berlakon jadi gay. ka iqram memang gay hah?

saya dah lama tidak lihat encik akif. jadi cinta saya semakin pudar.

tadi masa berjalan jalan di jalan penang saya ternampak jam casio yang background jam kaler puteh dan nombor dan jarum2 kaler merah. saya nak beli. sebab saya teringat cerita merah puteh bila lihat jam itu dan it looks fucking good at my hand too! uuu...ada sapa2 nak derma rm 103??

saya fikir bila dah kerja nanti saya nak beli honda jazz kaler merah. cepatlah masa berlalu! x sabar nak jadi doktor. haha

saya mahu ost talentime.

saya nak tengok shinjuku incident dan the sniper. cepatlah masa berlalu, nak pulang!

walaupun saya x pakai kasut perempuan (saya pakai converse hitam pegi hospital, itulah kasut yang pseudo-formal yang tidak menyakitkan kaki yang dapat saya pakai) tetapi saya mahu kasut perempuan warna mustard.

i think i have sore throat coz i consume too much water from the swimming pool. (i'm pretty sure mesti ada orang kencing dalam swimming pool itu. mesti!)

p/s: mana nak beli cd lenka?

Wednesday, April 15, 2009

tentang perempuan...

Kenapa perempuan mesti bitchy??

Kenapa???

Keep it cool la woman!



p/s: entri ditujukan secara general tidak ada kena mengena dengan kamu, kamu dan kamu.

Tuesday, April 14, 2009

paloi no 2 while talking to the patient

situation 1
'pakcik, pakcik ada TB ka?'
'ada, 29 inci'

LOL

hehe ini bukan saya punya patient, but my colleague.

obviously my colleague was asking about TB-tuberculosis.


situation 2
while percussing (percussion is when you put ur middle finger on patient body and then you tap the finger using ur other middle finger to listen to the note whether its resonance or dull) my patient chest:

'tap. tap. tap'

patient x: nobody's home.
me and my colleague: *blur* what?
patient x: yalah.. u knock knock, nobodys home.

LOL

situation 3 (of all the things that ive said to patient, this is the worse. which i still feel terrible about.)
the patient is a 13 year old, present with massive abdominal mass. the xray and ct scan remarkably show the large mass and effusion on the lung. (which i find very interesting to look at)
i was just finished listening to the patient's chest when one of my colleague come and ask what was the problem with the patient. the patient's dad is just sitting in front of me when i said this:

me to my colleague: tengokla xray die, seronok!
the patient's dad: wah..seronok eyh tgk x-ray? (nada sindiran)


so the moral of the story is in the future, dont let me be your doctor as i tend to say hateful things involuntarily.



p/s: izat texted me yesterday asking me to try roti gardenia butterscotch. so cubalah, kerana memang sedap. kalau ada rezeki lebih, beli sekali untuk saya. hehe

Monday, April 13, 2009

Paloi no 1 while talking to patient.

Its my 4th week going to the hospital. Today while i was examining 15 year old, who had diabetes; when just finishing my physical examination i said to my colleagues:

me: dia GEMOK. (i cant remember i was commenting on what, basically i was telling my friends i can palpate something because the patient is obese)

(pause for 1 second, and then realized i just call the patient fat right in front of his face)

my ayat cover: eh dik, sori ek kakak cakap gemok, kakak pun gemok jugak.

Gila paloooiiii...