Sunday, October 5, 2008

random rambling...

1. jika kamu bersikap begitu cheery seperti serena van der woodsen dalam cerita gossip girl, sila jauhkan diri kamu daripada saya. kerana kemungkinan besar hampir pasti saya akan membenci kamu. dan saya tidak suka menjadi hipokrit, jadi jika saya tidak suka kamu saya akan mengignore kamu completely dan perasaan kamu akan terluka. jadi, back off. saya rasa saya lebih banyak tidak suka orang dari suka orang.

2. saya rasa saya mahu mula memakai selendang. jadi kakakku bukan kakakku, jika kamu membaca ini, silalah kirimkan beberapa helai selendang mortada atau donatello kepada saya jika kamu sudah mendapat gaji bulan depan. terima kaseh.

3. saya melihat gambar raya keluarga saya di laman friendster kakak saya tadi, dan saya mempunyai satu perasaan. saya rasa perasaan itu adalah sedih. tidak bukan sedih, susah nak menggambarkan apakah perasaan itu. cukuplah jika saya kata selepas melihat gambar-gambar tersebut saya menjadi mellow dan tidak mahu bercakap dan tidak mahu keluar bilik. so, perasaan apa itu? hurts? sad? jealous? mungkin semua sekali. all blend in.

4. saya pegi rumah terbuka embassy tadi. ya Allah, makanan nya memang sangat sedap. barulah terasa juadah raya yang benar2 sedap hingga menjilat sudu. mereka juga mempunyai pelayan berbangsa asing yang memakai baju melayu lengkap bersampin. (whats bersampin dlm bahasa baku?) sungguh segak.

5. kaki saya sakit selepas seharian berjalan menggunakan kasut tumit tinggi.

6. jika saya mahu pergi bercuti mungkin saya mahu pergi seorang, memandangkan saya semakin suka cam-whoring jadi saya tidak perlu risau tentang tiada orang mahu mengambil gambar saya bersama menara condong pisa, atau colosseum atau apa-apa landmark menarek. saya selalu rasa jumlah yang paling ideal untuk travel bersama adalah sebanyak dua orang sahaja.

7. saya sedang menonton siri sex and the city sekarang. kerana saya malas untuk belajar.

8. saya rasa saya addicted bercakap dengan ibu saya di telefon. saya menelefon dia hampir setiap hari. ini membuatkan saya menggunakan kredit berbual sebanyak 500 minit selama seminggu sahaja.

9. tahun ini adalah tahun pertama saya menghadiri open house orang. itupun saya maseh melimitkan kehadiran saya kerumah orang-orang yang dikenali sahaja. saya memang tidak suka bersosial. saya memang sombong. ya, saya tahu itu. saya peduli apa, kalau kamu tidak suka, fuck off, makanan rumah kamu pun x habis. dan saya juga tidak suka nak berlaga pipi tiga kali dengan strangers, tapi kamu semua tidak faham. saya cuba jauhkan diri semasa bersalam, tetapi kamu tidak paham signal yang saya beri. cukup kan kalau kita bersalam saja? lainlah kalau kita sudah kenal dua tahun, dan kamu tahu bila hari lahir saya, mungkin saya tidak kisah melaga pipi saya dengan kamu. atau kalau kamu lelaki. dan saya juga benci dengan remark kamu yang selalu bertanya 'name sape ek? x ingatlah' atau 'apesal x pernah nampak before ni ek?'. sekarang saya tanya kamu, saya menganggarkan ada 5 ribu pelajar malaysia di dublin, mungkin lebih, kamu pernah jumpa setiap orang dan kamu tahu nama setiap mereka kah? saya sangat benci! yea saya tahu kerana saya tidak suka bersosial kamu tidak tahu nama saya, tapi lepas kamu tanya nama saya, kamu akan ingatkah? lepas 5 saat kamu sudah lupa, dan bila saya jumpa kamu lagi tahun depan kamu guna lagi dialog yang sama. kamu juga perlu back off dari saya.

10. saya mula tidak suka hujan. bukan kumpulan hujan, itu saya memang lama sudah tidak suka. hujan:air yang menitis dari langit itu. dulu saya adalah peminat besar hujan, tapi sekarang saya tidak suka.

p/s: phew~ saya memang banyak masa terluang bukan? gilalah, memang suka talking crap. saya perlu belajar! isnin depan, saya janji.

3 comments:

Anonymous said...

u need to c a shrink. haha.
kiut nak anak bonek lam gamba ya.
nexyear kita raya sakan n amik gamba bnyk2!

Nurharith Afnizan said...

aku rasa semakin bertambah tahun semakin aku benci pegi beraya ke rumah guru2, mungkin sebab aku sudah dewasa? -random rambling-

oren said...

adi:
oh macam dah kurus ckit anak nya, dolok cam gemok jak. i dont need to see a shrink, coz i learnt that apparently a shrink actually have their own shrink. so why do i ever need one? haha

nurharith afnizan:
yeah, mungkin juga kamu sudah dewasa. sudah lama tidak pergi ke rumah guru, jadi tidak tahu bagaiman perasaan itu. saya juga mungkin sudah dewasa kerana saya rasa saya makin suka dressing up untuk pergi beraya. if u asked five-years-ago me to dress up, i'll say that i'm not ngegeh. well know i think i like being ngegeh!