Sunday, October 26, 2008

kerana saya jatuh cinta dengan joe jonas...

kamu tahu dalam banyak-banyak subjek dalam perubatan, subjek yang paling membosankan adalah subjek tentang saluran pemakanan (gastrointestinal tract). hari selasa depan ada ujian subjek tersebut, sebab itu saya liat sungguh nak belajar. tapi saya sedang mencuba. dengan menggunakan lagu-lagu dari jonas brothers sebagai alat untuk membantu saya lekat di meja study.

saya membuat keputusan selepas ini saya tidak akan membuat entri-entri yang emosional di blog ini. saya mahu menjadi matang. berhenti menyalahkan orang lain, berhenti menyalahkan ketidakadilan dunia.

dunia adil sebenarnya. saya pernah bercakap tentang perkara ini dengan Syazwani Bakar beberapa tahun lepas. dunia adil kerana tidak ada seorang pun dalam dunia ini mendapat semua yang dia mahu, tidak ada seorang pun dalam dunia ini yang sempurna. kalau dia pandai menulis, mungkin dia tidak pandai melukis. kalau dia pandai berucap, mungkin dia menyanyi off key. kerana itu, bukankah dunia ini adil? kerana semua tidak sempurna, barulah keadilan wujud. (sebenarnya semasa kami bercakap tentang perkara ini, saya berkata Tuhan yang adil, tapi siapa berani salahkan Tuhan? selalunya orang salahkan dunia.)

joe jonas. dia seperti pondan sedikit bukan? tapi dia sungguh comel. dia membuat saya gembira. dia membuat saya tersenyum. :) dia membuat saya mahu belajar GIT. dia membuat saya rasa dunia ini tidaklah seteruk mana. semuanya kerana joe jonas.


p/s: selain lagu jonas brothers saya juga sedang mendengar lagu hiphop dan N.E.R.D. no more mellow songs.
pp/s: saya jumpa blog yang menarik. check it out!
i wrote this for you

No comments: