Sunday, November 23, 2008

Happy 13th birthday, aminul!

23/11/08

Hari ini hari ulang tahun kelahiran Aminul.

Aminul Akmal dilahirkan pada tarikh ini 13 tahun yang lepas. kewujudan aminul memang tidak dijangka sama sekali oleh saya dan adik beradik yang lain. kami semua tidak memerlukan seorang lagi adik lelaki yang sangat susah dikawal.

akan tetapi kehadiran aminul tetap disambut dengan gembira oleh kami semua. dia adalah seorang baby yang sangat berat dan panjang dan montel. saya selalu mendodoikan aminul tidur di dalam buaian sambil menyanyikan lagu nora, di persimpangan dilema. makcik saya, sebagai ahli zikir kampung suka mendendangkan lagu zikir untuk menidurkan aminul.

oleh kerana mak saya bekerja, aminul dijaga oleh makcik saya. oleh sebab itu perhubungan mereka agak rapat. makcik saya sangat memanjakan aminul. aminul memang seorang budak yang ntah apa-apa. makcik saya menyuap dia makan tengah hari setiap hari selepas dia pulang sekolah sambil dia duduk di depan tv bermain playstation. (sehingga dia darjah 5)

semasa rumah baru makcik saya siap, aminul tinggal bersama dia lebih kurang seminggu. dia tidak mahu tidur di rumah lagi, sehingga lah emak saya memujuk dia untuk pulang ke rumah. pernah beberapa kali kalau dia merajuk dengan emak saya sebagai tanda protes dia pergi tidur di rumah makcik saya.

hobi aminul adalah bermain playstation. dia sangat handal bermain playstation, hinggakan abang-abang nya pun tidak mampu mengalahkan nya dalam semua game kecuali winning eleven. akan tetapi aminul adalah seorang kaki bangku, selain itu dia juga tidak cekap dalam apa-apa outdoor game sekalipun. dia tidak pernah bermain layang-layang atau guli seperti kami semua. juga tidak pernah memanjat pokok rambutan di belakang rumah.

dia juga suka membaca komik. aminul adalah seorang pembaca di dalam tandas. dia juga gemar bermain air semasa mandi. selalunya selepas dia mandi siling dan dinding bilik air akan basah dengan bekas pancutan air dari shower head.

dia juga seorang yang sangat sensitif. dia pernah memberi cold-shoulder kepada kakak saya selama beberapa minggu kerana dia merajuk. dia juga pernah menangis di dalam bilik mandi selama hampir setengah jam selepas kucing dia mati. dia menangis setiap kali kucing dia mati.

aminul addicted kepada mcflurry cornetto. dia sangat suka aiskrim. dia suka birthday cake, tetapi dia tidak makan icing kek tersebut. aminul suka menonton channel mtv dan v. dia akan sentiasa tahu lagu-lagu terbaru, atau gosip2 celebrity-celebrity cantik seperti charlize therone. dia tahu apakah itu victoria secret. (saya tidak tahu, dia memberitahu saya)

dia juga suka membaca komik cinta. (saya juga suka!) dan suka cerita cinta melayu seperti 9 september dan i'm not single. akan tetapi dalam masa yang sama dia suka juga siri tv seperti heroes dan prison break. dia juga mengikuti manga dan anime seperti bleach, naruto dan one piece. sekarang dia suka jimmy kimmel show dan suka menonton whose line is it anyway di youtube.

aminul suka bahasa jepun. dia agak hebat, kerana mampu menghafal semua huruf hiragana dan katakana. dia juga sangat suka makanan jepun. bukan sushi, makanan seperti ramen, bento etc. kami selalu celen siapa lebih hebat bahasa jepon.

aminul adalah partner in crime saya. kalau saya bosan saya akan mengheret dia pergi ke mana-mana saya suka. selalunya ke tempat makan. kami selalu ketawa sampai perut hampir pecah. beberapa kali dia membuat saya ketawa kuat kuat semasa saya memandu sehingga saya tidak mampu membuka mata saya untuk melihat jalan. memang berbahaya memandu ketika aminul ada bersama. nasib kami tidak eksiden.

saya selalu rindu dia. saya rindu dia apabila saya membuat lawak bodoh dan dia ketawa dan selepas itu dia kata saya gila. saya rindu mahu pergi makan mi kolok bersama-sama dia. kami selalu pergi makan mi kolok pada pagi sabtu. saya rindu berebut untuk membaca komik cinta yang dia beli di choice super mall. saya rindu berebut makan cadbury bites bersama-sama dia. dia juga kata dia rindu saya dan suroh saya balik ke rumah cuti winter ini. malangnya saya tidak dapat balik. sob sob.

ok sudah habis tribute untuk aminul. aminul mun ktak baca tok, happy birthday! kakak tepon ktak tek tapi kakdi padah ktak pegi main rumah arip. kakak nak berlagu hepi birthday ngan ktak. heheh kakak love you aminul! walaupun kitak adalah tahi sebenar.

5 comments:

LovelyEyna said...

aminul, ktk kiut!!!!!!!!!!!! happy 13h birthday!!!!!!!!!!!!!!!! ;)

LovelyEyna said...

i mean, 13th! wa... sik suka salah taip! hahaha ;p

oren said...

i dont think he'll read the comments. but thanx, i'll tell him. haha

p/s: nya nganok ku bodoh tek sbab nulis benda pelek2. its true what? all true. hahah

LovelyEyna said...

hahahahaha! lak ku padah dgn aminul ko nganok nya! hahaha ;p

Anonymous said...

omg.this doesnt sound right "pancutan air dari shower head."

lolololol.LUCAH!