Wednesday, April 22, 2009

saya tidak faham kamu, saya benci kamu.

kadang-kadang saya rasa mati lebih bagus dari mintak tolong dari orang. yes i'm damn arrogant. saya memang tidak suka susah. tidak boleh susah. saya benci susah, sebab susah akan buat saya menangis. saya jarang menangis, cuma ketika susah dan melihat adegan percintaan yang touching di dalam cerita saja saya menangis. tahap susah itu subjektif, mungkin bagi kamu perkara itu tidak susah, tetapi bagi seseorang yang tidak mahu merasa sedikit kesusahan pun seperti saya, sedikit susah pun sudah jadi problem besar.

sekarang mari kita mengkaji dari akar umbi (saya sedang prektis menulis karangan untuk pengajian malaysia) kenapa saya tidak suka susah. sebab bila saya susah, saya akan TER-paksa meminta pertolongan daripada orang lain. (seperti saya kata di permulaan, saya rasa mati lebih bagus dari menyusahkan orang lain) bila kita meminta pertolongan dari orang lain, itu bermaksud kita sudah terhutang budi terhadap orang tersebut. terhutang budi ini bukan lah perkara yang bagus kerana terhutang budi boleh menimbulkan perasaan kurang enak di hati saya. dan saya paling benci berasa kurang enak di bahagian dada dan abdomen (heartburn, gestrik dan period pain termasuk dalam kategori ini. oh cemburu juga boleh menimbulkan perasaan kurang enak ini). selain itu, terhutang budi juga perlu dibayar kalau kamu tidak mahu membawa nya mati. selalunya saya cuba kurangkan perasaan bersalah kerana menyusahkan orang dengan wang. tetapi wang ternyata tidak boleh membeli segala-galanya. kerana wang masih tidak boleh menghilangkan perasaan kurang enak di hati saya dan ekspresi tidak ikhlas di wajah orang yang diminta pertolongan. (siapa kata wang itu powerful? small matter macam tu pun x boleh nak uruskan)

oh tetapi jangan salah anggap, saya suka bukan suka, tapi sebab cepat kasihan dan tidak sampai hati, saya akan menolong setiap orang yang meminta pertolongan dari saya, kadang-kadang orang tidak minta pertolongan pun, saya offer untuk tolong sebab tidak sanggup dengar cerita dan rintihan hiba mereka. yang membuat saya sakit hati ialah apabila saya memerlukan pertolongan (sebab saya rasa mati lebih bagus dari minta pertolongan orang, jadi perkara-perkara yang saya perlukan pertolongan maksudnya saya memang tidak boleh melakukan nya secara perseorangan atau memang tiada alternatif lain) kawan-kawan yang saya tolong tadi seorangpun tidak mahu bantu. bukankah itu pelik? dan selama ini saya benar-benar percaya yang buat baik akan dibalas baik. saya masih percaya itu, dan saya sentiasa menunggu kebaikan datang kepada saya. haha bajet diri sendiri banyak sangat buat kebaikan.

saya rasa saya memang tidak pandai handle manusia sejagat. kerana saya memang betol2 rasa tidak selesa dengan kehadiran manusia manusia baru dalam hidup saya. contoh masa petang tadi masa saya berenang, ada jiran (perempuan) bersama anak-anaknya berenang, saya terus rasa tidak selesa walaupun dia baik teramat. atau semasa saya duduk seorang diri di kafe, tiba-tiba ada kawan sekelas datang duduk di sebelah, saya mesti jadi tidak keruan. adakah itu normal? kadang-kadang saya tidak faham manusia, kenapa insenstitive sangat? kalau orang duduk seorang bukan maksudnya dia tidak ada kawan. sometimes she just needs her fucking space! duduk meja lain yang kosong boleh kan? lagi sakit hati bila dia datang duduk dan tanya soalan 'sorang jer?mana si A dan si B?' atau 'apesal makan sorang-sorang?mana si A, x makan?' kesimpulannya saya memang tidak suka diapproach oleh strangers. macam mana nak mengavoide ya? tolong ajarkan boleh?

kenapa manusia tidak faham kadang-kadang wujud manusia yang memang tidak suka bercakap dengan orang x dikenali/x rapat? comfort zone saya luas amat, memang tidak selesa dengan kamu-kamu. saya ada kawan sekelas yang sudah kenal 2 tahun letak kepala di bahu saya, saya rasa nak tepis (2 fucking years pun maseh tidak selesa ok, jangankan strangers baru kenal minggu lepas). lelaki hensem boleh cuba heheh. mungkin tidak akan ditepis.

saya sungguh kecewa dengan manusia. kerana pada abad 21 ini bila manusia makin menjadi selfish, dan cuma berkawan untuk kepentingan diri, masih juga tidak faham yang saya tidak ada apa-apa kepentingan yang boleh diberi kepada mereke. jadi kepada kamu-kamu yang secara tidak sengaja masuk ke blog saya tolong sebarkan kepada manusia lain, comfort zone sheila sangat luas. minimal human contact please. (kepada org yang masuk secara tidak sengaja sahaja, orang yang masuk dengan sengaja mungkin sudah berada dalam comfort zone.lol)

yes i'm fucking arrogant and selfish. hate me, coz most probably i already hate u anyway. haha

penatlah layan kamu-kamu. benci.

No comments: